Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Yakinilah Janji Allah Bahawa Setiap Manusia Telah Ada Rezeki Untuknya
Allah bagi rezeki dalam pelbagai bentuk. Ada yang Allah bagi rezeki kekayaan harta, ada yang Allah bagi kehidupan berkeluarga yang bahagia, ada yang dapat rezeki anak-anak yang cerdik pandai. Itu semua rezeki Allah. Allah yang tentukan.
Allah nak buka pintu rezeki kita dari pelbagai cara. Samada kita nampak hikmah tu atau tidak. Mau rasa kemanisnya kejayaan kemanisan dunia & akhirat, kita kena usaha. Allah nak kita usaha. Berdoa saja tidak cukup tanpa ada usaha
Kena yakin bahawa Allah itu Maha Pemberi Rezeki yang sebaik-baiknya.
Setiap dari kita, dah dicukupkan bahagian rezeki masing-masing. Sesuai dengan masa dan ketikanya. Walaupun Allah tak pernah menjanjikan hidup ini terlalu mudah, Tapi Allah berjanji akan selalu bersama di sisi kita dan sentiasa mendengar doa kita Itu janji Allah.
Firman Allah s.w.t.yang bermsksud :
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”
(Surah At-Talaq ayat 2-3)
Jangan sesekali kita pertikaikan rezeki Allah. Itu hak Allah. Allah tak menciptakan manusia untuk menjadikan dia gagal. Cuma manusia yang mencipta diri sendiri untuk gagal, janganlah merasa gagal jika belum berusaha.
Allah beri keistimewaan setiap hambaNya mengikut takdir yang berbeza. Rezeki yang berbeza. Kita kena cari. Kalau tak usaha, jangan harap rezeki tu datang dengan mudah.
Angan-angan penting dalam diri & masa depan kita, tapi biarlah angan-angan itu dengan Doa, Usaha, Ikhtiar & Tawakal mintalah dengan Allah. Jangan buat angan-angan tinggal angan-angan.
Allah juga berkuasa pemberi rezeki pada sesiapa pun yang Dia nak bagi dan Allah berkuasa jugak menarik kembali nikmat rezeki yang Dia dah bagi kepada kita semua
“Rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manafaatnya, samaada halal atau pun haram, sama ada baik ataupun buruk”
Sudah tentu tafsiran diatas mengubah persepsi saya terhadap rezeki. Dalam fikiran saya selama ini, yang di panggil rezeki tentu yang baik-baik saja.
Macamana nak menjemput rezeki dengan mudah?
1. Sedekah
2. Doa
3. Solat Dhuha
1. Bersedekah
Kita semua tau, Islam menggalakkan kita bersedekah. Dalam rezeki kita terdapat rezeki orang lain
Amalan bersedekah takkan mengurangkan harta kita sebaliknya Allah akan gantikan dengan rezeki dari sumber yang tidak kita sangka-sangka
Selalunya bila datang peminta sedekah kat kita. Apa reaksi kita? Selalunya kita akan bagi jumlah yang paling kecil dalam beg kita. Memang dalam hati kita alahh dah ramai tu orang bagi kat dia. Ikhlas kah sedekah kita macam tu?
Apa yang saya nak cakap kat sini, bersedekahlah semampu dan seikhlas mungkin. Jangan lepas bersedekah, kita merungut dalam hati atau buat muka supaya dia beredar cepat2.
Kalau kita nak bagi sedekah berbentuk barangan pulak, bagilah barang-barang yang masih baik dan boleh digunakan
Jangan pulak kita bagi macam sampah atau barang buruk kita pada orang lain. Bayangkan perasaan penerima bila menerima pakaian yang koyak rabak seperti kain buruk
Kalau kita tak dapat bagi lebih, sekurang-kurangnya kita bagi lah sesuatu yang boleh buat si penerima gembira. Kerana penerima pasti mendoakan yang baik-baik untuk kita.
Antara perkara lain dalam bersedekah, jangan sesekali kita mengharapkan balasan atas apa yang kita bagi.
2. Berdoa
Berdoa dan berdoalah. Mintaklah kat Allah. Allah yang pemberi rezeki. Setiap kerja yang kita buat, iringilah dengan doa. Pohonlah keberkatan Allah dalam kita menjemput rezeki yang halal.
Sertakan niat rezeki yang kita cari ini, bukan untuk diri kita sendiri, tetapi jugak untuk orang lain. In sha Allah akan diperkenan.
3. Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha ni macam magnet rezeki. Satu-satunya solat yang sangat berkait rapat dengan limpahan rezeki dari Allah, rezeki yang diberkati dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat nanti, dibukakan pintu yang khusus untuknya.
Solat Dhuha masa saya mengikuti "Seminar Magnet Magnet Rezeki" soalat Dhuha amatlah di tekakn untuk mudahnya Menjemput Rezeki
Subhanallah cukup sempurna doa solat Dhuha.
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”
Kalau nak dikira nikmat rezeki yang Allah dah bagi pada saya selama ni memang tak terhitung banyaknya. Terlalu banyak. Syukur Ya ALLAH Terima Kasih Ya ALLAH
Syukur kerana menggerakkan hati saya untuk bersama Smart Tycoon Group STG . Ukhwah yang terjalin sesama kawan-kawan & bisness secara berjemaha dibawah STG adalah satu bentuk rezeki yang saya anggap cukup berharga.
Lautan ilmu saya dapat dari mereka juga adalah rezeki. Nikmat kesihatan yang saya dapat bila juga adalah bentuk rezeki. Dan bonus STG yang saya dapat juga adalah rezeki. Sesungguhnya tiada khilaf dalam rencana Allah.
Akhir sekali sehebat mana kita merancang, selama mana kita menunggu, selagi belum sampai masa dan ketikanya bersabarlah. Selagi tidak tertulis rezeki itu bukan milik kita, teruslah berusaha dan mohon kepadaNya.
Mungkin Allah ada hikmah disebalik semua ini & allah sebaik-baikNya perancang untuk rezeki yang bakal kita miliki dari Allah yang tidak kita duga. Kerana apa yang kita rasa terbaik untuk kita, belum tentu terbaik dalam perancangan Allah.
Teruskan berdoa sahabat hebat Dunia & akhirat mofa anda semua Kaya & Berjaya Izinkan Ya ALLAH Terima Kasih Ya ALLAH Aamiin Ya Rabbal’alamin Ya ALLAH
Terima Kasih mohon Ampun & maaf dari saya sekiranya penulisan ini banyak kecacatannya, Yang baik datang dari ALLAH, yang buruk itu datang dari diri saya sendiri
“Salam Sayang”
Abam Peng Samula
Consultant Smart Tycoon Group STG
016-8285158
Consultant Smart Tycoon Group STG
016-8285158




perkongsian yang sangat bermanfaat... terima kasih berkongsi info dan ilmu
ReplyDelete