Tuesday, 21 February 2017

10 KUNCI 
UNTUK DAPAT HATI SENANG & JIWA TENANG





1. TIDAK MEMBENCI
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah pada kita.

2. TIDAK MERUNGUT
Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.

3. BERSEDERHANA
Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.

4. BERSANGKA BAIK
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian.

5. SELALU  SENYUM
Senyumlah walaupun hati terluka.

6. SELALU  MEMBERI
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..

7. DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya...

8. TIDAK BERDENGKI & IRI HATI
Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdoalah semoga anda jua berjaya 
sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingtlah  segala
amal baik anda pasti hangus..Kerana Allah tak terima amal Kebajikan orang yang Berhasad dengki..

9. MUDAH MEMAAFKAN
Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan didalam memaafkan 

10. HINDARI PERMUSUHAN
Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan anda.

1. Doa Agar Hati Tenang Satu


2. Doa Agar Hati Tenang Dua


3. Doa Agar Hati Tenang


~~Ingatlah dan hanya dengan mengingati Allah hati kita akan menjadi tenang dan tenteram~~

Thursday, 16 February 2017

7D Park In Japan Amazing

This is a 7D Park in Japan.
You can touch, feel and even smell the animals.

Japan is really advanced with their technology for them to do stuff like this




Watching this video...

(Source from youtube)

Wednesday, 15 February 2017

AKU


2017

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca-pembaca yang disayangi dan dihormati. Hadirnya atau wujudnya Blog ini adalah untuk berkongsi apa jua yang boleh aku kongsikan harap dapat member manaffat kepada kita semua


AKU?

Sebelum itu aku perkenalkan diri. Nama penuh aku adalah Peng Samula. aku dilahirkan di Hospital Queen Elizebeth Kota Kinabalu Sabah.
Mungkin ada yang belum mengenali aku lagi sebab aku dalam dunia blogger ne masih baru lagi, Aku berkerja di Jabatan kerajaan nama glamour kerajaan ne org selalu panggil gomen & dalam pada yang sama aku membuat bisnes secara part time bersama STG Smart Tycoon Group

MULA,

Bermulalah perjalanan aku sebagai seorang penulis blogger separuh masa untuk berkongsi apa-apa pun dalam blog ini. Blog ini di buka pada tahun 2011 lagi tapi tak aktif sangat kerana masa yang tak pernah mengizinkan aku untuk menulis blog ne, mungkin atas tulisan aku sebelum ini yang terlalu negative & ada kemungkinan aku sendiri tidak dapat member komitmen dari segi masa & idea.  isi kandungan dalam blog ne yang terdahulu pun aku dah delete 100%.

DULU,

Aku ingat menjadi seorang blogger ne sangat senang & mudah, tanggapan aku sangat salah tentang dunia blogger. Semakin hari semakin aku ketandusan masa & idea untuk menulis apa yang perlu aku tulis diblog ini, sehingga selepas 2011 aku tak pernah lagi menulis blog ini & blog ne terus dihimpit sepi. Aku tewas dalam diriku sendiri.

TAPI,

Hati aku terbuka untuk menulis blog ini kembali & rasa sangat bersyukur, walaupun aku memang banyak kekurangan dalam diri aku & perlu banyak belajar dalam penulisan blog. Namun sekurang-kurangnya aku perlu berterima kasi pada diri sendri kerana berani untuk mencuba sesuatu yang baru ini ingin mencari pengalaman dalam penulisan blog

In Shaa Allah Mula hari ini aku akan cuba kongsikan perjalanan aku sebagai seorang blogger, Seperti yang aku katakan tadi aku cukup baru, perlu banyak belajar lagi, terlalu banyak kekurangan & aku sendiri dan aku tidak tahu apa yang sedang aku buat ini boleh member manafaat pada orang lain atau tidak.

Semua apa yang aku tulis ini banyak idea dari blogger yang aku ambil sikit demi sedikit & aku cantumkan menjadi 1, jadilah penulisan yang tak seberapa ini & banyak lagi perlu aku pelajari…
Sampai di sini saja dulu apa yang aku ingin kongsikan untuk semua & terima kasih yang sudi melawat blog aku yang serba kekurangan ini…

Jika blog ne ada kekurangan atau kesilapan mohon maaf & ampun bagi teguran moga sama-sama kita sentiasa dimurakan rezeki Aamiin...