Tuesday, 7 March 2017

Kenapa Aku tergerak Hati untuk Mengikuti MMR?


Alhamdulillah


Pada 4 & 5 Mac 2017 bestnya aku di Izinkan untuk pergi ke seminar MMR & FBG kota kinabalu 2017 

Mulanya Allah gerakkan hati aku untuk ikut MMR ne masa ElitjerayaKK2017 yang di buat di UMS kota kinabalu

Pembukaan yang sangat menarik oleh CDM Shiema Sparx selaku Mentor Hebat yang sangat aku kagumi Ibarat ada sesuatu magnet yang menarik & menggerakkan hatiku untuk aku join MMR ne
Jangan cakap pembukaan, Penutupan ElitjerayaKK2017 pun buat aku berlapang dada & terbuka luas untuk mengikuti MMR sebabnya Founder Elitkingdom Mira Megha buat satu penutupan dengan luar biasa magnet yang ada pada Mentor Hebat ne ibarat menarik-narik hati aku untuk join MMR (Ada tips MMR yang di ajar walaupun sikit tapi sangat berhasil alhmdullilah semua atas IzinNya)

Aku akan fokus pada MMR Minda Magnet Rezeki yang sangat luar biasa. Selama ni aku tak tahu pun ada ilmu sebegini yang sangat hebat untuk dipelajari Terima Kasih Ya ALLAH
Alhamdulillah aku belum terlambat untuk sama-sama belajar ilmu kuasa minda yang telah di amalkan oleh ramai orang di negara luar. Sekarang selepas MMR aku rasa lebih tenang,  sebabnya aku usaha & akan berjaya kawal gelombang otak dan lagi best biawak biawak komodo dalam diri ni dah di halau keluar, i'm more positive now. YES if we positive banyak rezeki akan masuk juga aura-aura yang baik juga akan suka pada kita Izinkan Ya ALLAH Terima Kasih Ya ALLAH.

Kenapa?

Kenapa aku nak sangat join MMR ni, aku cerita sikit, kalau nak tau orang-orang besar di luar sana memang tercari-cari ilmu sebegini for self motivation untuk keharmonian keluarga, kejayaan dalam pekerjaan, kejayaan dalam perniagaan, pendidikan diri juga untuk anak-anak, kebocoran wang & sebagainya.

Lagi pula ilmu-ilmu begini hanya dapat dipelajari dari orang yang hebat-hebat.

Luaskan poket minda supaya ilmu mudah masuk tiada yang mustahil untuk kita semuanya dapat pertolonganNya. Kita cuma harus Minta, Doa, Usaha, Istiqamah(Ikhtiar), Tawakal dalam pada itu kita harus sentiasa berSyukur

Pengisian yang sangat berharga sebab?

Di MMR ni kita di ajar cara untuk bersihkan hati dan fikiran kita untuk lebih positif cara menggunakan otak kanan yang sangat hebat fungsinya sebelum ini aku tak pernah tahu Kehebatan otak kanan ne memang luar biasa,juga di ajar cara berdoa kepada Allah cara berhubung kepada Allah

Tingkatkan level energy bahagia dalam rumahtangga terutamannya supaya rezeki bertambah luas, cara untuk mengawal anak malas & nakal

Juga cara bagaimana untuk menjadi manusia yang Berjaya tanpa melupakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah, ilmu ini boleh digunakan sehingga ke akhir hayat dan jika di amalkan selalu kita akan mudah untuk menarik rezeki, In Shaa Allah rezeki akan sentiasa melekat-lekat seperti Magnet dengan kita Izinkan Ya Allah

Bestkann?

Lagi best kat MMR ni juga di ajar cara mendapatkan apa yang kita kita IMPIKAN untuk dapat 5k, ok 5k ne bukan duit ya tapi:

“ Kebahagian, Kesihatan, Kekayaan, Kejayaan & Keberkatan menjadi Kenyataan!”

Memang sangat BEST tak rugi join seminar Minda Magnet Rezeki bersama Smart Tycoon Group, Keseluruhan ilmu yg dikongsi melebihi RM20,000!!!

Izinkan Ya ALLAH untuk aku menguasai ilmu yang sangat bermanafaat ini & Lagi syok sebab aku boleh pergi berkali-kali In Shaa Allah apabila ada lagi Seminar MMR yang dianjurkan untuk kita recharge energy & ilmu kita

Insyaallah saya impikan keluarga terhebat & beriman akan tercapai! Berjaya dunia serta Akhirat bersama keluarga tersayang & boleh menambah nilai hidup orang lain Izinkan Ya ALLAH

Sampai disini dulu untuk permulaan cerita MMR dilain masa nanti aku akan kongsikan MMR berlangsung tentang kehebatannya, mohon maaf & ampun jika ada kesalahan pada penulisan ini serba sedikit penulisan ini idea dari blog-blog yang pernah mengikuti MMR by Smart Tycoon Group

Mohon Maaf sekali lagi yang baik datangNya dari ALLAH S.W.T yang buruk itu datangnya dari saya sendiri

Terima Kasih yang melawat blog ini moga anda semua Kaya & Berjaya Dunia Akhirat Izinkan Ya ALLAH, Terima Kasih Ya ALLAH Aamiin Ya Rabbal”alamain

“Ampun Maaf dipinta”

Salam Magnet Rezeki

Abam Peng Samula
Consultant Smart Tycoon Group
0168285158

Monday, 6 March 2017

3 Cara Untuk Menjemput Rezeki



Bismillahirrahmanirrahim.


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Yakinilah Janji Allah Bahawa Setiap Manusia Telah Ada Rezeki Untuknya

Allah bagi rezeki dalam pelbagai bentuk. Ada yang Allah bagi rezeki kekayaan harta, ada yang Allah bagi kehidupan berkeluarga yang bahagia, ada yang dapat rezeki anak-anak yang cerdik pandai. Itu semua rezeki Allah. Allah yang tentukan.

Allah nak buka pintu rezeki kita dari pelbagai cara. Samada kita nampak hikmah tu atau tidak. Mau rasa kemanisnya kejayaan kemanisan dunia & akhirat, kita kena usaha. Allah nak kita usaha. Berdoa saja tidak cukup tanpa ada usaha

Kena yakin bahawa Allah itu Maha Pemberi Rezeki yang sebaik-baiknya. 

Setiap dari kita, dah dicukupkan bahagian rezeki masing-masing. Sesuai dengan masa dan ketikanya. Walaupun Allah tak pernah menjanjikan hidup ini terlalu mudah, Tapi Allah berjanji akan selalu bersama di sisi kita dan sentiasa mendengar doa kita Itu janji Allah. 

Firman Allah s.w.t.yang bermsksud :

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”

(Surah At-Talaq ayat 2-3)

Jangan sesekali kita pertikaikan rezeki Allah. Itu hak Allah. Allah tak menciptakan manusia untuk menjadikan dia gagal. Cuma manusia yang mencipta diri sendiri untuk gagal, janganlah merasa gagal jika belum berusaha.

Allah beri keistimewaan setiap hambaNya mengikut takdir yang berbeza. Rezeki yang berbeza. Kita kena cari. Kalau tak usaha, jangan harap rezeki tu datang dengan mudah.  

Angan-angan penting dalam diri & masa depan kita, tapi biarlah angan-angan itu dengan Doa, Usaha, Ikhtiar & Tawakal mintalah dengan Allah. Jangan buat angan-angan tinggal angan-angan.

Allah juga berkuasa pemberi rezeki pada sesiapa pun yang Dia nak bagi dan Allah berkuasa jugak menarik kembali nikmat rezeki yang Dia dah bagi kepada kita semua

“Rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manafaatnya, samaada halal atau pun haram, sama ada baik ataupun buruk”

Sudah tentu tafsiran diatas mengubah persepsi saya terhadap rezeki. Dalam fikiran saya selama ini, yang di panggil rezeki tentu yang baik-baik saja.

Macamana nak menjemput  rezeki dengan mudah?
1.    Sedekah
2.    Doa
3.    Solat Dhuha

1. Bersedekah



Kita semua tau, Islam menggalakkan kita bersedekah. Dalam rezeki kita terdapat rezeki orang lain
Amalan bersedekah takkan mengurangkan harta kita sebaliknya Allah akan gantikan dengan rezeki dari sumber yang tidak kita sangka-sangka

Selalunya bila datang peminta sedekah kat kita. Apa reaksi kita? Selalunya kita akan bagi jumlah yang paling kecil dalam beg kita. Memang dalam hati kita alahh dah ramai tu orang bagi kat dia. Ikhlas kah sedekah kita macam tu?

Apa yang saya nak cakap kat sini, bersedekahlah semampu dan seikhlas mungkin. Jangan lepas bersedekah, kita merungut dalam hati atau buat muka supaya dia beredar cepat2.

Kalau kita nak bagi sedekah berbentuk barangan pulak, bagilah barang-barang yang masih baik dan boleh digunakan 

Jangan pulak kita bagi macam sampah atau barang buruk kita pada orang lain. Bayangkan perasaan penerima bila menerima pakaian yang koyak rabak seperti kain buruk

Kalau kita tak dapat bagi lebih, sekurang-kurangnya kita bagi lah sesuatu yang boleh buat si penerima gembira. Kerana penerima pasti mendoakan yang baik-baik untuk kita.

Antara perkara lain dalam bersedekah, jangan sesekali kita mengharapkan balasan atas apa yang kita bagi.

2.    Berdoa



Berdoa dan berdoalah. Mintaklah kat Allah. Allah yang pemberi rezeki. Setiap kerja yang kita buat, iringilah dengan doa. Pohonlah keberkatan Allah dalam kita menjemput rezeki yang halal. 

Sertakan niat rezeki yang kita cari ini, bukan untuk diri kita sendiri, tetapi jugak untuk orang lain. In sha Allah akan diperkenan.


3.    Solat Dhuha



Solat sunat Dhuha ni macam magnet rezeki. Satu-satunya solat yang sangat berkait rapat dengan limpahan rezeki dari Allah, rezeki yang diberkati dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat nanti, dibukakan pintu yang khusus untuknya. 

Solat Dhuha masa saya mengikuti "Seminar Magnet Magnet Rezeki" soalat Dhuha amatlah di tekakn untuk mudahnya Menjemput Rezeki

Subhanallah cukup sempurna doa solat Dhuha.

“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”

Kalau nak dikira nikmat rezeki yang Allah dah bagi pada saya selama ni memang tak terhitung banyaknya. Terlalu banyak. Syukur Ya ALLAH Terima Kasih Ya ALLAH

Syukur kerana menggerakkan hati saya untuk bersama Smart Tycoon Group STG . Ukhwah yang terjalin sesama kawan-kawan & bisness secara berjemaha dibawah STG adalah satu bentuk rezeki yang saya anggap cukup berharga. 

Lautan ilmu saya dapat dari mereka juga adalah rezeki. Nikmat kesihatan yang saya dapat bila juga adalah bentuk rezeki. Dan bonus STG yang saya dapat juga adalah rezeki. Sesungguhnya tiada khilaf dalam rencana Allah.  

Akhir sekali sehebat mana kita merancang, selama mana kita menunggu, selagi belum sampai masa dan ketikanya bersabarlah. Selagi tidak tertulis rezeki itu bukan milik kita, teruslah berusaha dan mohon kepadaNya. 

Mungkin Allah ada hikmah disebalik semua ini & allah sebaik-baikNya perancang untuk rezeki yang bakal kita miliki dari Allah yang tidak kita duga. Kerana apa yang kita rasa terbaik untuk kita, belum tentu terbaik dalam perancangan Allah.

Teruskan berdoa sahabat hebat Dunia & akhirat mofa anda semua Kaya & Berjaya Izinkan Ya ALLAH Terima Kasih Ya ALLAH Aamiin Ya Rabbal’alamin Ya ALLAH

Terima Kasih mohon Ampun & maaf dari saya sekiranya penulisan ini banyak kecacatannya, Yang baik datang dari ALLAH, yang buruk itu datang dari diri saya sendiri

“Salam Sayang”

Abam Peng Samula
Consultant Smart Tycoon Group STG
016-8285158